stalker

25.2.12

karnival tadarus

assalamualaikum :)

dengan ini ingin saya beritahu anda-anda sekalian bahawasanya saya, tiba-tiba berasa amat rajin dan penuh bersemangat serta teruja untuk menulis di blog ini. harap maklum. hahaha apakah perasaan anda-anda sekalian sekiranya saya menulis dengan sangat baku begini? saya tahu anda pasti akan berasa bosan bukan? tidak mengapa saya memahami kerana saya juga berasa begitu. tetapi saya terpaksa melakukannya kerana saya ingin memartabatkan bahasa melayu.

baiklah rasanya cukup sampai disini sahaja ya. oh maksud saya sampai disini sahajalah saya berbahasa baku serta merepek kerana saya dapat merasakan anda-anda sudah seperti orang mengantuk disorongkan bantal. maaf, saya rasa peribahasa itu tidak ada kena mengena tapi tidak mengapalah ya? hahaa

okay back to normal la ye. aku saje je tulis intro panjang2 sebab dah lame tak menaip.haha dikesempatan nie la kan aku nak mengucapkan TAHNIAH UNTUK SEMUA PEMENANG2 yang menyertai karnival tadarus tadi. *tepuktepuktangan* tak lupe juga pemenang untuk wakil sekolah kita. kumpulan marhaban, hafazan lelaki and tilawah perempuan kalau tak silap la ye. tahniah2

gempak gila okay wakil2 sekolah lain! sumpah gempak sangat! marhaban.. pergh! tak payah cita sangat gempak! pelajar2 perempuan dorang suara merdu ya amat ! aku sendiri terpaku okay! kalau aku lelaki kan mmg ade gak aku terpikat dgn dorang. haha nasyid pon best! suara yang lelaki tu mmg sedap wei sampai rasa macam kfc pon ade la. haha ada tak yang handsome? ramai tak? ermm yang handsome ek? entah laa. dalam ramai2 yang aku jumpe cuma ade 1 orang nie yang aku sangat tertarik wei! muka dia kan.. macam S! sumpah sama gilaaaaaaaaaaaaaa! jiran aku pon cakap muka dia sejibek mcm S. dengan kurus tinggi nya, warna kulit, muka dia, kening dia, mata dia,
pandangan dia, senyuman dia. jujur wei sama gilaa ! detail kan aku? semua tu aku tengok. haha memula tu aku rasa macam firasat aku je laa. tapi bila diperhati betol2 memang sama! dah la dia marhaban and aku pulak mmg dari awal sampai habis tgk marhaban mmg aku usha dia je arr. haha pastu waktu nak umumkan keputusan dia kat belakang aku. bila dia menang, dia senyum pergh ! lagi menampakkan dia mmg sejibek wei. hahaha pastu jumpe kawan lame aku and dia satu sekolah dgn kawan aku tu. muahahaha

dah rasa bosan? tak pe aku faham. hahahaa then! jumpe budak pandan indah. alif ek? entah la aku pon tak berapa pasti nama dia yang pasti aku cam muka dia. dia KP pandan indah. dia kan.. act kawan aku waktu sekolah rendah. haha and jumpe aidil gak budak pandan indah. aidil tu dah la satu tuisyen dgn aku dulu. pastu tadi dia nampak aku, dah dia pandang aku semacam je. dah la buat muka pelik. bengong. haha

tu je la untuk kali nie. overall best jugak tadi :)

25.12.11

best and worst?

assalamualaikum :)

hi hello hai hye holla korang! aku baru sedar satu benda bila aku bangun pepagi tadi. sekola dah nak start +.+ tak suka la sakai! aku barang sekola pon banyak lagi tak pergi beli kot haha malas laa nak pergi beli. kau tahu? orang lain dah sibuk hantar baju la tudung la kain laa untuk repair / jahitkan lencana sekola segala macam kejadah tu semua. dan aku?? aku sendiri tak bagi ape2 pon kat mak aku utk jahit lencana ke itu ke ini ke. hahaha

lantak ah, malas la aku nak fikir lagi pasal sekola, bosan adelah. oh ya.. tadi bukak twitter pastu tgk kat trending then sekarang nie tgh trending pasal #BestMemoryof2011 and #WorstMemoryof2011 so, aku pon dok pikiq ape bende ek best memory aku utk tahun nie? aku rasa kan tak de langsung pon. then ape puloks worst memory tahun nie? aku rasa itu pon tak de. ke aku yang tak de perasaan? ke aku dah lupe semua memory? ke aku yang tak mencipta ape2 memory? ke, ke , ke dan ke? itu la persoalan yang berlegar2 dalam kepala hotak aku. haiyoo T_T

okay jap.. biar aku "cuba try test" utk ingat..

*5 minit berlalu...*
















*10 minit berlalu..*















* dan 1 jam berlalu... * kahkahkah okay tak lawak :l

orait ! dah ade! utk best memory of 2011. aku tak de suka kat mana2 lelaki! hahahahahaha cool~ itulah yang paling best sekali wei, tak payah nak sedih2 ke nak sakit hati ke tgk org aku suke dgn orang lain, pastu tak payah nak rasa kecewa segala bagai.ohh heaven gilaa la. kahkahkah jap itu dikira sbg best memory ke? okay fine! ade lagi satu ! the best memory ialah waktu jamuan pengawas. seronok gilaa jamuan yang kami pengawas F4 rancang berjalan lancar. oh dan ade lagi !! haha tadi tak de langsung last2 sekarang banyak pulak best memory nye ye shida oii. haha :) one more waktu pergi amazing race dulu. terbaikk ! dapat kenal abg2 and akak2 yg sporting habes. then dapat keliling KL, merayap entah kemana ceruk dekat KL tu. berlari dalam KLCC mcm org gila. duduk tepi jalan reramai sampai org pandang kteorg semacam. main benda yg tak pernah aku main. buat benda yg tak pernah aku buat iaitu cium ular letak ulat dalam lidah. okay banyak gilaa laa ! hehe ^^


utk worst memory of 2011 semua pengawas kena denda reramai kat dataran. hahaha pastu sakit kaki sampai 3 hari mcm tu. hahaha dan aku selalu mimpi seseorang -.- mimpi org pon worst memory. ye la worst sbb bukan sekali dua je mimpi dia tu banyak kali dah ! siapakah? gila ape kau! tak kan aku nak bagitau nama dia kat sini. huish.. jgn buek pasal yo..jadi biarlah rahsiaa. kahkah org kata kalu kita mimpi seseorg tu, org tu rindu kita kan? habes tu dia rindu aku? puih! tak percaya aku laa kalau dia rindu aku. mati hidup balik pon tak percaya. bhahaha. ke aku rindu dia? puih! double puih! buat ape aku nak rindu dia? motif? alasan? sebab? aku sendiri tak faham asal aku mimpi dia laa! dan yg membuatkan aku lagi tak faham ialah kenapa dia? kenape tak yonghwa ke? yg tu melampau sikit arr. okay la kenape la tak S ke? aku dah la rindu dia. hahaha merepek bonar aku ni yee. hehe tu je la kot? kalau ade lagi pon tak nak cita la. nanti ramai yang sakit hati kalau aku cita kan? kang ade pulak bergaduh2 kat blog kang. hahaha ceh, lek2 tak de pon. saje buat gempak. itu je pon worst memory yg aku rasa laa tahun nie. KOT*

finally aku dah dapat fikir pon kenangan tahun nie. muahahahah aku hebat laa, hoho :)

notakatahati : hari nie pon mimpi dia lagi.. tak suka laa wei kau pergi jauh dari hidup aku boleh? pelis pelis ! :(

16.12.11

awak, awak dan awak

assalamualaikum :D

hai awak ! lame kita tak jumpe awak kan? HAHA awak jangan lah terkejot berok cenggitu, hodoh la muka awak cenggitu. tak yah terkejot sangatlah saya update blog. hampir berbulan saya tak jumpe awak kan? last aku hapdate bila arr? tengok aku sendiri lupe dan sebenarnya kan macam mane rupa blog aku pon dah lupe kot. kahkahkah sorry blog , nasib awak mmg malang sebab awak mendapat tuan seperti saya :)

cuti berlalu sudah hampir 2 minggu ek? betol ke? ke 3 minggu? arghh ! tak tahu la ! cuti nie buat aku lupa macam mane nak kira. KAHKAHKAH haha malas la nak kira aku tahu cuti jee. cuti nie kalau kau tanya aku hari dengan tarikh pon aku tak tau kengkadang, nampak benor aku makin bengap , sadiss je T_T maka dengan itu untuk mengatasi masalah aku yang makin menjadi bengap nie, aku telah pun pergi tuisyen. hohoho rajinkan aku? well nak buat macam mane nie aku mmg rajin pon. kekeke

first day masuk tuisyen, agak takot + cuak sebab rasa tak ready nak belajar tapi okay la dah boleh ikot laa. al maklum lah, otak tepu gilaa kot dah lame tak digunakan untuk belajar dan bertambah lagi nie tengah cuti, memang sentuh buku tu tak de langsung la kan! nak kata niat untuk tgk dan baca cover buku pon haram jadah tak de ! alaaa bukan aku sorang je kan? kengkorang pon sama jugaks kan? *keningkening* hahaha nasib baik laa ade orang nak teman aku pergi tuisyen sesama. thanks to Bo'ah (bukan nama sebenar) sebab teman aku jalan kaki ke tuisyen. kesian la puloks panggil dia Bo'ah doe. okay la thanks to syazwan k :) dan jumpe kawan kawan lame kat tuisyen ! peanut , rindu gilaa nak jumpe dia kot. then ade aishaa :) pastu jumpe budak yg muka dia macam T.O.P bigbang tu. hahaha tak sangka mereka tuisyen di situ.

then, yang paling tak boleh blah gila bila peanut cerita kat aku pasal ex aku. tahi gilaa wei !

peanut : shida, haritukan ____ tanya kat kita pasal shida tau.
aku : haa??!! *muke blur plus terkezuuut* oh yeke?
peanut : aah dia sibuk tanya pasal shida. kadang kadang kalau jumpe peanut mesti dia tanya shida. tapi peanut cume cakap yang peanut pon tak tau sebab dah lama tak jumpe shida. pastu dia ade cakap apetah pasal shida, tapi peanut dah lupa
aku : ohh yeke . okay :)
peanut : korang bukan dah lame break ke?
aku : yup dah lame dah. since form 1 lagi kot *penuh semangat aku jawab*
peanut : laa yeke. entah pape tah ______ tu
aku : hahaha itulah hehe

mamat tu kan.. haishh tak tau lee nak cakap ape pasal dia tu. aku dah break lama dah dgn dia tapi dia sibuk nak tahu pasal aku. form 1 aku clash dengan dia okay! dah bermakna hampir 3 tahun kot wei. jujur arr aku cakap, lepas aku clash dgn dia, tak pernah terlintas pon kat kepala hotak aku nie nak teringat pasal dia. kahkahkah kejam kan aku? hahaha walaupun dia kadang2 ade mesej or call aku tapi ade la 2 ke tiga kali je yang aku layan. HAHAHA sumpah aku kejam. aku actually tak suke doe nak kawan / or still contact dengan ex aku. bagi aku bila aku dah tak de ape2 dgn seseorang tu itu beerti aku dah tak perlu tahu pasal dia. aku malas nak contact lagi semua sebab nanti akan buat aku teringat pasal benda lalu. hidup kene teruskan right? so aku tak nak aku teringat2 pasal benda lama2 nie. tak suka laaa, membuang mase je ingat okay ?

sudah la, tak nak cerita lagi pasal tu lantak dia la kan? dia yang nak macam tu. so, itu aje la yee see you next time babeh :P

8.10.11

memori dgn mereka

assalamualaikum ,


sebab tadi punyaa dah update blog punyaa pasal la nie, aku jadi terasa nak update lagi. kawan-kawan aku sume nie mesti tengah sebok dok bace buku segala macam untuk exam, aku pulak? dok sibok nak update blog -.- cuti seminggu sempena PMR nie (actually 4 hari je cuti) aku rase macam tak de buat pape je kot T_T aku tak tau ape aku buat seminggu nie, study? err sikit2 je kot. mane tak nye aku bace sikit, aku tidur. pastu bangun balik baca, then tidur last2 aku tidur je teros. hahah kalau tak pon.. aku mesti dengan DANISH :) main dgn danish, anak jiran aku. hahaha hari nie tak main dgn dia rinduu gilaaa wei.

haritu kan, aku ade terbaca satu buku err atau dengan lebih tepat majalah! majalah remaja kalu tak silap. tak payah nak ingat aku beli majalah remaja sangat la kan. time tu aku bace kat kedai gunting rambut. ade satu section pasal horoscope, so aku bace arr aku punyee horoscope aquarius. ade ke dia tulis " sekali sekala, ajaklah kawankawan kamu untuk keluar bersama-sama dan luangkan lebih banyak masa dengan mereka agar mereka tidak berasa terpinggir " aku tak de la percaya sangat benda2 cam nie. kdg2 tu biasa lah bosan kan tu yang bace. so bile baca tu sumpah aku gelak gila gilaa. then bila aku fikir2 balik kan macam ade betul nya jugak oh. aku dah lame tak jumpe kawan2 lamaa aku.

nadia aida erni biha peanut syikin asiah farahadam hasif helmi syazwan naqib johan fuad err banyak lagi arr budak2 sekola rendah. tapi yang paling penting geng2 aku laaa. tapi kan.. sume tu geng2 aku. kahkahkah aku rindu gilaaa dorang. teringin gilaa nak kumpul balik dengan dorang sume tapi susah, yela ade yang kat penang, perak, melaka laa. bila chat dengan dorang mesti terimbau kembali kenangan dulu2. yang paling tak leh blah helmi, sakai oh dia nie ade ke setiap kali chat dgn aku dia mesti akan cakap " aku rindu la nak main batu seremban dgn kau. kau datang la penang, main batu seremban dgn aku " bangang tak bangang? tak dinafikan, helmi aku pon rindu nak main batu seremban dgn kau! haha nadia, aida, erni rindu nak share secret dgn korg!
tak lupe jugak kawan2 sekola menengah.. aishaa aishahh yaya farah filzah baizura faiz iqraq. rindu gilaa dgn korang semua. tau tak rindu nak lepak dgn korang, stay kat sekola, pastu balik ramai2 then lepak kat padang, kdg2 dalam perjalanan balik kita beli keropok pastu share ramai2. ekh bapak la rindu nak mampos dgn korang !
ramai yang kata aku sombong la itu ini laa. jujur wei aku nak gilaa tegor korang kat fb nak chat nak mesej tapi aku jarang on fb nak mesej kredit aku memanjang tak de kadang2. seriously kalu korang tegor pasti aku layan :)

bukan kawan kawan sekola je. kakak2 abang2 waktu amazing race haritu pon rindu jugaks okay! setiap kali lalu tempat2 yang waktu amazing race tu pasti teringat dekat dorang. kak wawa kak b kak yana kak wani abang shahir abang kamal abang fikri abang tan dan sorang lagi tak ingat name dia la. hehe kak wawa, roomate aku. waktu mule2 kat UM tu aku satu bilik dgn dia, sampai ladekat hotel pon aku still satu bilik dgn dia. then aku satu group dgn dia. mostly aku dgn dia je. dia baik gila, senang utk borak dgn dia, tak sombong, and dia seorang leader yang baik :) kak b kak yana, kakak yang satu kepala dgn aku, dorang selalu layan aku. walaupun dorang lebih tua dari aku tapi bila dgn dorang rase mcm dgn kwn2 sendiri je kot. kak wani? err aku tak rapat dgn dia sebab dia agak kerek sikit, hehe sorry akak tapi akak baik laa jugak.

abang shahir !!! abg shahir handsome, baik, dia ketua yang paling bertanggungjawab yang pernah aku kenal, dia banyak tolong aku, dia banyak tolong waktu amazing race tu dan paling penting dia sentiasa bertimbang rase. abang kamal? yee abang yang paling banyak usik aku. sejak dari awal sampai habes dia la yang paling suka kacau aku. dah la playful gilaa. aku ingat waktu mula2 dia tanya nama aku, bila aku tanya nama dia balik dia cakap name dia "rosyam nor" dah la cara dia cakap dgn muka confiden gila sampai sume ingat name dia rosyam nor. dia jugak yang cabar aku naik spiral tube, letak ulat dalam mulut, cium ular. abang fikri, dia la abang pertama yang tanya nama aku and dia yang selalu berada disebelah aku. abang fikri handsome :) tapi abang shahir lagi handsome. abang tan, abang paling bertimbang rasa? dia yang selalu offer kat aku makanan, minuman la. setiap ape yang dia beli mesti dia bagi aku. dia paling caring la! dan sorang lagi iaitu adik lelaki dalam kumpulan, aku adik perempuan. aku tak ingat nama dia. aku tak rapat pon dia. tapi cakap tu ade la sikit2. dia baik gak. bila aku dah letih and ketinggalan, dia selalu tunggu aku arr.


i really miss ouls :)